Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan yang juga bekas Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan Selangor harus bersikap profesional dalam mengendalikan isu tanda jalan dwibahasa yang mencetuskan kontroversi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan yang juga bekas Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan Selangor harus bersikap profesional dalam mengendalikan isu tanda jalan dwibahasa yang mencetuskan kontroversi.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan yang juga bekas Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan Selangor harus bersikap profesional dalam mengendalikan isu tanda jalan dwibahasa yang mencetuskan kontroversi.

Hian Wah berkata, kerajaan negeri harus mempunyai pendirian teguh dan berani menghadapi apa yang berlaku jika ia selari dengan dasar dan prinsip Pakatan Harapan.

Beliau berkata, tanda jalan dwibahasa adalah dipersetujui Jawatankuasa Kerajaan Tempatan yang seterusnya menyerahkannya untuk dilaksanakan pihak berkuasa tempatan.

“Saya pernah memberi taklimat berkenaan perkara ini. Tidak ditetapkan bahawa ia harus mendapat persetujuan barisan Exco.

“Secara telitinya, tanda jalan adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada Sinchew Daily melalui aplikasi WhatsApp.

Hian Wah berkata, Menteri Besar Selangor iaitu Amirudin Shari tahu akan perkembangan tanda jalan dwibahasa kerana beliau merupakan Exco negeri sebelum ini.

Amirudin terdahulu dilaporkan berkata, barisan Exco Selangor tidak pernah meluluskan polisi tanda jalan dwibahasa.

Berikutan daripadanya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han telah diarahkan untuk mengkaji dasar berkenaan untuk mengelakkan pertikaian.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina ditanggalkan segera sebelum sambutan Hari Keputeraan ke-73 baginda pada 11 Disember depan.

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua papan tanda itu perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Berikutan titah sultan tersebut, Sze Han memberitahu, penggunaan tulisan Cina selain bahasa kebangsaan di papan tanda beberapa kampung baru Cina sudah wujud sejak beberapa tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan