KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi di bawahnya dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama beliau biar pun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, bekas perdana menteri itu merujuk kepada kenyataaan media Jabatan Audit Negara yang dikeluarkan pagi tadi antara lain menuduh  bekas pegawai Najib  pada awal 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.

Bekas Setiausaha Sulit Najib arah gugur nama Jho Low

Pinda laporan audit, PAC akan panggil Najib dan Arul

SPRM siasat dakwaan pinda laporan akhir audit 1MDB

Katanya, Kementerian Kewangan dalam jawpaan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 telah mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB atas  kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

 

fb1
Laporan Malaysiakini yang menyebut tentang kehadiran Jho Low dalam mesyuarat 1MDB.

Fakta tersebut juga, menurut Najib, telah disahkan, dijelaskan dan dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015.

“Kedua-dua pendedahan ini sudah berlaku sebelum tarikh yang didakwa oleh kenyataan media Jabatan Audit Negara bahawa berlakunya cubaan untuk menyembunyikan nama Jho Low di dalam laporan Audit Negara.

fb2

fb3“Amat jelas, tiada sebarang cubaan oleh kerajaan lalu untuk menyembunyikan dari ahli PAC ataupun dari rakyat tentang kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat 1MDB.

“Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat,” katanya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dalam kenyataan pagi tadi mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diubah dan Najib mengenainya.

Beliau berkata, dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu iaitu mengenai kehadiran Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB

Madinah berkata, arahan untuk membuat mengubah fakta berhubung kehadiran Jho Low di Mesyuarat 1MDB itu dibuat oleh bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Feb 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Madinah berkata, beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.  – MalaysiaGazette