TERKINI : Empat Pemuda Melayu Ditahan Polis – Kuil Maha Mariamman

Keadaan kecoh di hadapan Kuil Maha Mariamman Seafields di Kawasan Perumahan USJ 25 selepas polis mengejar sekumpulan pemuda yang berdegil enggan bersurai walaupun arahan menyusul beberapa kali sejak 10.30 malam tadi.

Sekitar 1 pagi tadi polis menurunkan pasukan tindakan ringan atau Light Strike Force sebelum menjerit kali terakhir meminta pemuda yang berkumpul bersurai segera.

Tidak sampai seminit arahan itu, polis mengejar setiap pemuda itu sebelum mencekup mereka bersama motosikal dan kereta yang dinaiki mereka.

Sekitar lapan orang ditahan tetapi Empat dibebaskan selepas diperiksa rapi manakala selebihnya digari.

Salah seorang pemuda ditahan polis merupakan pelajar SPM yang akan menduduki kertas agama Islam pada pagi ini.

Mereka yang dianggarkan lebih 500 orang berkumpul secara berkelompok kecil di kawsan tersebut sejak lewat malam tadi.

Manakala seorang lelaki telah ditahan di pekarangan tapak kuil selepas dipercayai menghalang polis dengan motosikal dan enggan mengalihkan motosikalnya sehingga menyebabkan dua pegawai polis terjatuh.