SYDNEY – Ancaman dari lebih 100 kebakaran di seluruh timur laut Australia merosot sejak 24 jam lalu.

Namun, semalam, kakitangan kecemasan memberi amaran bahawa kebakaran besar-besaran yang berlaku di kawasan itu telah mencapai tahap kecemasan, menyebabkan pemindahan lebih dari 8,000 orang dari bandar Gracemere, kira-kira 600 kilometer (370 batu) di utara ibu negeri Queensland, Brisbane.

Anggota-anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran terbesar selepas bertungkus-lumus sepanjang malam.

Setakat ini masih terdapat lebih daripada 100 kebakaran berlaku tetapi ia tidak menimbulkan ancaman, kata Pejabat Kebakaran Luar Bandar Queensland.

Ketuanya, Annastacia Palaszczuk berkata, penduduk mesti terus memantau keadaan.

“Apa yang kami alami hari ini adalah di luar carta. Kami masih belum keluar dari hutan, masih ada banyak lagi yang perlu ditempuhi,” katanya.

Biro meteorologi berkata, cuaca negara itu menurun kepada 33 darjah celcisu berbanding 40 pada awal minggu ini.

Hujan dijangka berlaku pada hari Jumaat ini.

Cuaca panas dan kering di pantai timur laut Australia adalah sangat berbeza dengan keadaan di Sydney, bandar terbesar di Australia, pada hari Rabu.

Lebih banyak hujan jatuh di Sydney semalam berbanding biasa pada keseluruhan bulan November, kata biro meteorologi.

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat, hingga beratus-ratus penduduk terpaksa bergelap dan sistem pengangkutan terjejas. – MalaysiaGazette