Simpanan berlebihan dan harga yang menjunam mendorong sesetengah broker  menghentikan pembelian buah sawit buat sementara waktu.
Simpanan berlebihan dan harga yang menjunam mendorong sesetengah broker  menghentikan pembelian buah sawit buat sementara waktu.

TRIAN – Simpanan berlebihan dan harga yang menjunam mendorong sesetengah broker  menghentikan pembelian buah sawit buat sementara waktu.

China Press melaporkan, broker di Triang, Pahang menghentikan pembelian sawit pada 29 dan 30 Disember sebagai langkah untuk menghadapi keadaan pasaran yang lengang.

Jika keadaan sawit kekal muram pada bulan depan, broker mungkin menghentikan pembelian sebanyak sekali pada setiap minggu sesuai dengan permintaan pengilang.

Keadaan itu dijangka memberi tamparan tambahan kepada pekebun kecil-kecilan yang sedang berkeluh dengan harga sawit yang merundum.

Sumber memberitahu, simpanan sawit di negara ini telah mencapai tahap maksimum sehingga kilang tidak lagi mampu membeli sawit yang dihasilkan pekebun kecil.

Keadaan itu bermakna broker yang membeli sawit daripada pekebun berdepan masalah untuk menjualnya kepada pengilang.

Menurut pekebun, harga sawit biasanya meningkat pada musim ini kerana pengeluaran yang menurun, tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku berikutan simpanan yang meningkat.

Penganalis menjangkakan harga sawit akan kekal rendah pada Disember dengan menjunam ke bawah paras RM300 setan, malahan ke tahap RM230 setan dalam keadaan terburuk.

Tindakan China yang beralih kepada Indonesia untuk mendapatkan bekalan sawit berbanding membeli secara besar-besaran dari Malaysia dilaporkan menyumbang kepada keadaan itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan