TERKINI : “Kerajaan Negeri Beri Jaminan, Kuil Tidak Akan Dirobohkan” – MB Selangor

Kerajaan Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang perobohan ke atas kuil Sri Maha Mariamman Seafield, USJ 25, dekat Subang Jaya dalam tempoh dua minggu ini sehingga jalan penyelesaian dapat dicapai.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengemukakan satu prosiding baharu di mahkamah berkenaan satu injuksi pada 11 Januari depan supaya tidak akan ada perobohan kuil dibuat dalam tempoh itu.

Jelas beliau, satu perbincangan dengan menteri dan Ahli Parlimen dari kaum India akan diadakan selewat-lewatnya Isnin atau Selasa ini, iaitu selepas selesai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang.