C. Sivarraajch
C. Sivaraj

KUALA LUMPUR – Datuk Sivarraajh Chandran menafikan sebarang penglibatan dengan dakwaan rasuah yang dipalitkan terhadapnya sehingga kemenangan beliau bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu dibatalkan.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Naib Presiden MIC itu berkata, keputusan itu sesuatu yang beliau tidak jangka malah tuduhan itu sama sekali tidak benar.

“Saya tidak lakukan rasuah. Saya tidak buat semua itu untuk kemenangan. Saya tidak beri komen sebaliknya ketika ini sedang bercakap dengan peguam tentang isu ini.

“Saya akan buat rayuan dengan Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat tapi saya ingin tegaskan, saya tidak lakukan rasuah,” katanya sebentar tadi.

Beliau mengulas keputusan oleh Mahkamah Pilihan Raya Jalan Duta yang mengarahkan satu pilihan raya baharu diadakan bagi kerusi Cameron Highlands.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan kemenangan Sivarraajh terbatal dan tidak sah kerana terdapat elemen rasuah.

Perbuatan rasuah itu didakwa telah dilakukan oleh Sivarraajh dengan pengetahuan dan persetujuan oleh beliau ketika kempen PRU yang lepas.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran telah memfailkan petisyen pada 4 Jun lepas berhubung kemenangan Sivarraajh yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN).

Dalam petisyen tersebut, Manogaran mendakwa Sivarraajh telah bertindak menghulurkan rasuah kepada warg orang Asli kawasan itu bagi kemenangan beliau untuk kerusi Cameron Highlands yang ternyata salah di sisi undang-undang. -MalaysiaGazette

http://http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/30/kerusi-parlimen-cameron-highlands-kini-kosong/