palestin
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (empat kanan) merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah (lima kanan) bergambar bersama penyumbang sumbangan koporat pada majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Tabung Rakyat Palestin di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 30 NOVEMBER 2018

PUTRAJAYA – Sebanyak RM500,000 berjaya dikumpulkan daripada orang ramai dan syarikat korporat untuk disalurkan kepada Tabung Rakyat Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini menyerahkan sumbangan itu kepada wakil Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) meelalui Kementerian Luar Negeri.

Beliau berkata, dana ini sedikit sebanyak akan dapat digunakan bagi tujuan kesihatan dan pendidikan ekoran sekatan dana UNRWA oleh United Stated (AS) semenjak Januari lalu.

“Sumbangan ini mereka yang meminta kita mendapatkn sedikit dana untuk menolong pelarian Palestin ini kerana Amerika Syarikat telah mneyekat bantuan RM300 juta menyebabkan mereka sukar menjalankan terutama pendidikan dan kesihatan.

“Kita juga memberi sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia untuk meringkankan masalah-masalah Timur Barat yg mengalami masalah yang berterusan,” katanya ringkas kepada pemberita.

Turut berlangsung hari ini adalah penyerahan sumbangan korporat daripada Aliiance slamic Bank, SME Bank, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wakil Kementerian Pendidikan dan wakil Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) kepada Wan Azizah.

Sehingga 29 November jumlah sumbangan orang ramai untuk tabung ini berjumlah RM737,054.37.

Kesemua ini termasuk dana yang dikumpul daripada atas talian, khutbah jumaat dan syarikat korporat.

Tabung Rakyat Palestin yang digerakkan YKN dilancarkan pada 10 Julai lalu dan orang ramai berpeluang menderma sehingga 31 Disember ini.

Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) sebelum ini merayu semua pihak membantu menangani krisis kewangan luar jangka agensi tersebut. – MalaysiaGazette