Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan mengendalikan isu pusat hiburan malam secara fleksibel dan tidak memaksa semua premis untuk tutup kedai pada pukul 1 pagi.
Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan mengendalikan isu pusat hiburan malam secara fleksibel dan tidak memaksa semua premis untuk tutup kedai pada pukul 1 pagi.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan mengendalikan isu pusat hiburan malam secara fleksibel dan tidak memaksa semua premis untuk tutup kedai pada pukul 1 pagi.

Wakil rakyat Kuala Lumpur itu berkata, pusat hiburan patut dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 5 atau 6 pagi jika ia bukan terletak di kawasan perumahan.

Beliau berkata kepada China Press, premis seperti bar hanya mula berniaga pada petang dan adalah tidak adil jika mereka diminta tutup kedai pada pukul 1 pagi.

Tambahnya, Bukit Bintang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan pusat hiburan di situ juga menjadi tempat berlepak mereka.

Kui Sun menyatakan pendapatnya selepasĀ  Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan bahawa kebenaran istimewa yang diberikan kepada beberapa pusat hiburan untuk menjalankan operasi sehingga pukul 5 pagi sebelum ini akan diteliti semula.

Kata menteri tersebut, pusat hiburan yang mendapat kebenaran istimewa itu tidak banyak dan pihaknya sebelum ini memberikan lesen perkhidmatan tersebut kerana memiliki ramai pelanggan yang terdiri daripada warga asing.

Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan melakukan penguatkuasaan secara tegas ke atas pusat hiburan yang beroperasi secara lebih masa.

Dalam isu berkaitan, Kui Lan berkata, penutupan pusat hiburan lebih awal tidak bermakna masalah membawa kenderaan dalam keadaan mabuk serta penyalahgunaan dadah tidak akan berlaku.

“Untuk mengatasi masalah memandu dalam keadaan mabuk, polis trafik boleh melakukan penguatkuasaan di kawasan tumpuan bar,” katanya.

Tinggalkan Jawapan