TERKINI : BN Hormati Apa Saja Keputusan MCA

Barisan Nasional (BN) menghormati apa saja keputusan yang dibuat oleh MCA, sama ada mahu keluar dari gabungan itu atau sebaliknya.

Namun, Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan yang telah disampaikan secara rasmi kepada ibupejabat BN mengenai usaha mereka hendak keluar dari BN.

“Sebagaimana diketahui BN mempunyai lima parti teras ketika ini, dan kita tentunya menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh parti-parti politik teras yang sedia ada.

“Kita juga mengharapkan apa saja keputusan mesti dimaklumkan secara rasmi kepada BN untuk tindakan politik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama Senator BN di Pejabat BN di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.