Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Singapura telah mencadangkan untuk bertemu dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal oleh Kuala lumpur bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa 2 Jan 2019.

SHAH ALAM – Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita boleh ukur ia betul ke atau pun tidak, garisan mereka tu tak kena dan kita masih ada dalam kita punya own waters” kata Perdana Menteri secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Bhd (UPUS) kali ke-21 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengatakan Singapura membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bharu dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah berkenaan.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya meminta Malaysia menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan, sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut sebelah pihak.

Ia juga mendakwa kapal Malaysia turut melakukan pencerobohan ke dalam perairan wilayah republik itu sejak 2 minggu lepas di luar Pantai Tuas, terletak di barat negaranya.

— BERNAMA