Foto Metro.

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp didenda lapan ribu pound oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), lapor BBC Sport.

Hukuman tersebutr gara-gara pengendali Jerman itu berlari ke padang meraikan kemenangan ketika bertemu Everton minggu lalu yang menyaksikan kemenangan tipis anak buahnya pada minit ke-96.

Bagaimanapun Klopp mengakui tidak menyesal dengan tindakannya itu namun dia berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya telah melanggar peraturan dan perlu menerima hukuman.

“Saya rasa tidak mempunyai sebarang masalah da ia adalah perkara biasa.

“Sekarang saya sedar dan tidak akan buat lagi. Selepas 14 tahun (kali pertama didenda di Mainz 2004) dan ini adalah yang terakhir. Ia tidak boleh berlaku lagi untuk tempoh 14 tahun akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette