KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Najib Razak akan ‘turun padang’ menyertai Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember nanti. 

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut mengajak peserta himpunan berkumpul dengan Najib pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Dang Wangi, Sabtu nanti. 

“Datuk Seri Najib akan turun padang di himpunan aman bantah ICERD pada hari Sabtu 8 Disember 2018 ini. 

“Kepada sahabat-sahabat yang ingin berarak bersama-sama Dato’ Seri Najib, jemput berhimpun di parking lot di hadapan Kompleks Campbell/Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12:30PM. Terima kasih. Bersama kita melakar sejarah,” tulisnya. 

UMNO dan Pas sepakat untuk meneruskan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD meskipun pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan pada 24 November lalu bahawa kerajaan tidak akan menandatanganinya ratifikasi ICERD. – MalaysiaGazette