Foto Facebook Rasmi Kuala Lumpur Hawks.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang Perlis, Yusri Che Lah secara rasminya dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur pada musim depan.

Pengesahan Yusri yang juga penolong jurulatih The Red Warriors (TRW) musim ini akan melatih The City Boys diumumkan di laman Twitter rasmi @kualalumpurFA hari ini.

Pelantikan tersebut sekali gus menjawab penantian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang sebelum ini menunggu kata putus bekas pemain kebangsaan lewat 90-an itu.

Sebelum ini Yusri, 44, ditawarkan sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi musim depan.

Isnin lalu Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan memberitahu pihaknya menunggu jawapan Yusri selepas beliau kembali menunaikan umrah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan