KUALA LUMPUR – Julia Ziegler, pelakon yang cukup popular dengan drama-drama di kaca televisyen kini tengah sarat hamil cahaya matanya.

Julia, 34, berkata, walaupun kandungannya kini sudah berusia lapan bulan namun beliau langsung tidak mempunyai masalah atau alahan ketika hamil.

Meskipun begitu, Julia akui berat badannya naik 20 kilogram.

Julia dijangka bersalin pada awal bulan Januari tahun depan, kurang sebulan sahaja lagi.

Apabila ditanya MalaysiaGazette apakah jantina anak pertamanya, Julia mahu ianya menjadi rahsianya dan suami.

Katanya lagi, sama ada anak lelaki atau pun perempuan biarlah ia menjadi satu kejutan, yang lebih utama bayi dalam kandungan selamat dilahirkan.

Julia dalam masa yang sama berharap agar peminat dapat mendoakan keselamatannya dan bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

Julia mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan, 33 pada 1 Januari tahun lalu.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan