KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Noripah Kamso di atas pelantikannya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.

“PAUiTM berharap setiap kejayaan Datuk Noripah dalam peranan baharunya mengukuhkan Bank Rakyat dan menyumbang kepada peningkatan industri perkhidmatan kewangan Malaysia,” kata persatuan itu.

Noripah Kamso

Bekas graduan Sekolah Pengajian Perniagaan, UiTM, Noripah akan menggantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Bhd dan Top Glove Corporation.
Pernah menjadi Pengerusi Majlis Industri Kewangan Islam, Dewan Perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington.

Beliau juga bekas Presiden Broker Niaga Hadapan Malaysia. – MalaysiaGazette