TERKINI : “Yuran Pentadbiran PTPTN Tidak Dimansuhkan” – Wan Saiful

45
0

Pemotongan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) secara mandatori akan dimulakan pada Januari ini.

Malah, kerajaan tidak akan memansuhkan yuran pentadbiran. Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun menerima banyak cadangan terhadap pemansuhannya namun tidak ada keputusan untuk mengubah dasar berkaitannya.

“Saya rasa ini satu pandangan yang kita dengar beberapa kali, antara yang kita boleh pertimbangan.

Tetapi sekarang ini kita belum buat keputusan untuk mengubah apa-apa dasar mengenai hal itu,” katanya pada sidang media di sini.

Tinggalkan Jawapan