SEATTLE – Boeing mempertahankan model pesawat 737 MAX adalah selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg berkata, syarikat itu sangat yakin dengan keselamatan 737 MAX, versi terbaru keluarannya.

“Kami tahu pesawat kami selamat. Kami tidak mengubah falsafah reka bentuk kami,” kata Muilenburg.

Beliau membuat kenyataan itu selepas pengawal selia penerbangan India mahu juruterbang 737 MAX diberi tempoh latihan simulator lebih lama.

Manakala, Kementerian Pengangkutan Indonesia pula mahu Boeing memperkenalkan keperluan baharu untuk latihan simulator.

Semalam, Lion Air mengesahkan sedang mempertimbangkan pembatalan tempahan pesawat itu selepas kapal terbangnya terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu.

Insiden itu mengorbankan 189 orang penumpang dan anak kapal.

Lion Air, syarikat penerbangan bajet milik swasta, mempunyai 190 pesawat Boeing bernilai AS$ 22 bilion dalam senarai menunggu untuk penghantaran, dengan 197 buah pesawat sudah diterima, menjadikannya salah satu pelanggan terbesar.

Para penyiasat nahas itu memberi fokus kemungkinan sistem anti berhenti telah berulang kali menolak muncung pesawat tersebut jatuh disebabkan berlaku kesilapan dalam pemgimbas.

Boeing berkata, prosedur kokpit yang digunakan pada penerbangan sebelumnya sudah sedia untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi pengawal selia Amerika Syarikat berkata. Boeing juga sedang memeriksa kemungkinan berlaku masalah penetapan perisian selepas terbakar kerana ia tidak menggariskan perubahan terbaru sistem automatik dalam manual untuk 737 MAX. – MalaysiaGazette