Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR – Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu lemah, dengan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang memihak kepada kadar faedah rendah.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1610/1660 berbanding dolar US daripada 4.1620/1670 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata jangkaan pudar mengenai kenaikan kadar faedah selepas Pengerusi Fed Jerome Powell membayangkan Fed dijangka memperlahankan kadar kenaikan bagi kadar faedah pada tahun depan, daripada tiga yang diunjurkan pada September.

“Ini memberi impak positif kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit,” katanya sambil menambah harga minyak mentah yang kukuh turut menyokong prestasi ringgit.

Menurut peniaga, pelabur masih memantau data baharu, termasuk Kadar Pengangguran AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini, dan data perdagangan China esok, untuk hala tuju pelaburan yang lebih jelas.

Pada pembukaan, ringgit, bagaimanapun, diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0386/0427 daripada 3.0362/0409 pada Khamis, merosot berbanding euro kepada 4.7323/7388 daripada 4.7197/7262 dan turun berbanding pound kepada 5.3173/3258 daripada 5.3016/3096.

Bagaimanapun, berbanding yen, ringgit naik kepada 3.6918/6965 daripada 3.6953/6007. – MalaysiaGazette