KUALA LUMPUR – Singapura menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Kuala Lumpur.

Sementara, rakyat Singapura kini berada di Kuala Lumpur dinasihatkan supaya waspada dan mengelakkan berkumpul beramai-ramai.

Malah, mereka diminta memantau media tempatan untuk perkembangan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Nasihat pengembaraan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura menjelang Himpunan 812 bagi membantah pelaksanaan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Notis itu dikeluarkan ekoran laporan media memberi indikasi bahawa perhimpunan itu diadakan secara besar-besaran, selain himpunan lain di Padang Timur, Petaling Jaya.

“Memandangkan jumlah demonstrasi yang besar, ada kemungkinan berlaku pertempuran terhad dan terpencil. Mungkin terdapat gangguan lalu lintas dan gangguan lain yang akan memberi kesan kepada pelancong,” katanya. – MalaysiaGazette