Tunku Ismail Sultan Ibrahim Regent of Johor HSI Sultan ismail hospital pregnant woman give birth alone Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyindir sikap ahli politik yang mengambil peluang berebut-rebut mendekati pemain bola sepak negara selepas berjaya mara ke perlawanana akhir Piala AFF Suzuki 2018 .

Melalui Twitter, Tunku Ismail jelas menunjukkan rasa kurang senangnya dengan situasi yang berlaku itu.

“Susah senang kami bersama, bila dah menang barulah berebut-rebut semua politician nak jumpa kamu semua.

“Apa-apa pun saya dibelakang anda semua. Saya doakan anda semua berjaya,” tulisnya di lamana sosial berkenaan.

HRH Crown Prince of Johor HRHJohorII TwitterWalaupun status itu tidak menggambarkan secara jelas individu-individu yang tersebut, namun, kenyataannya itu mempunyai maksud yang tersirat dan mungkin difahami oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memuat naik perbualannya menerusi aplikasi Whatsapp dengan dua pemain dipercayai Aidil Zafuan dan Safawi Rashid.

Perkara itu tidak menghairankan kerana kedua-dua individu berkenaan merupakan pemain dalam kelab bolasepak JDT.

Berdasarkan perbualan tersebut, individu berkenaan mendedahkan bahawa barisan pemain dijadualkan berjumpa dengan menteri-menteri.

Pemain tersebut turut mempersoalkan keikhlasan pihak-pihak berkenaan kerana sebelum perlawanan cabaran skuad Harimau Malaya pada Kejohanan Piala AFF Suzuki sebelum ini, pertemuan dengan pemain-pemain hanya dilakukan oleh Tunku Ismail sahaja sebelum mereka semua berlepas ke Kemboja untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Dalam entri tersebut, Tunku Ismail turut berkata, meskipun beliau tidak lagi menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) namun, beliau sentiasa mengikuti perkembangan pasukan negara.

Malah katanya, beliau turut bekerjasama dengan FAM dalam pelbagai cara untuk menambah baik prestasi pasukan di pentas antarabangsa. – MalaysiaGazette