Timbalan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kerajaan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari kebenaran tentang kedudukan kewangan Tabung Haji yang digemparkan dengan dakwaan mengalami defisit RM4.1 bilion.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak orang ramai bersama-sama menyertai Perhimpunan Aman Penyatuan Ummah 2018 di Dataran Merdeka.

Timbalan Presiden UMNO itu akan turut serta dalam perhimpunan yang dianjurkan bersama oleh Pas dan UMNO.

“Esok 8.12.18 adalah hari kita ke Perhimpunan Aman Penyatuan Ummah 2018 di Dataran Merdeka K.L , marilah kita semua hadir bersolidariti bersama demi Agama, Bangsa dan Tanahair…Insha Allah saya akan hadir sama….,” katanya melalui Facebook.

Dalam pada itu, beliau meminta semua peserta himpunan itu menjaga tertib dan patuh pada peraturan dan undang-undang. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan