Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan digesa bersuara berhubung pertikaian kawasan perairan dengan Singapura.

Bangkit

Tetapi, maklum balas dari Malaysia adalah tunggu untuk perbincangan.

“Kita perlu berbincang dengan berhujah secara terbuka dan dapatkan sokongan awam. Bangkit untuk Malaysia,” kata Ahli Parlimen Rembau itu menerusi Twitternya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura yang mempersoalkan tentang tuntutan yang dibuat oleh Malaysia.

Chan berkata, peningkatan risiko ekoran pertikaian inu juga tidak boleh ringan.

Malaysia telah menyuarakan bantahan terhadap keputusan Singapura untuk memperluaskan sempadan pelabuhan di luar kawasan Tuas.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pekeliling Marin Pelabuhan Singapura No 9, bertarikh 6 Disember 2018 merupakan pembesaran sempadan pelabuhan yang dibuat secara sepihak serta menceroboh sempadan pelabuhan Johor Bahru yang ditunjukkan di bawah Gazette PU (B) 587 2018, bertarikh 25 Oktober.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Singapura untuk menarik kembali Pekeliling Pelabuhan Marin No 9.

Saifuddin memberi kenyataan itu selepas Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen memberi amaran keras terhadap kapal-kapal Malaysia yang menceroboh perairan Singapura.

Ng juga memberi hantaran klip video yang memaparkan kapal polis pengawal pantai (PCG) Singapura yang memberi amaran kepada sebuah kapal Jabatan Laut Malaysia. – MalaysiaGazette