Carlos Ghosn. foto Bloomberg

TOKYO – Pendakwa raya Jepun mendakwa bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn kerana melakukan salah laku kewangan.

Ghosn ditahan pada bulan November atas dakwaan membuat penipuan tentang gaji dan menggunakan aset-aset syarikat bagi kegunaan peribadi.

Tertuduh mengetahui Renault, Nissan dan Mitsubishi.

Namun, Ghosn menafikan pertuduhan tersebut.

Laporan media melaporkan Ghosn akan ditahan semula dengan pertuduhan berasingan.

Lelaki itu akan ditahan untuk 20 hari lagi untuk disoal siasat.

Beliau akan dituduh kerana membuat kenyataan silap terhadap laporan sekuriti tahunan pada hari Isnin.

Ghosn kelahiran Brazil merupakan ‘arkitek’ sekutu Renault-Nissan dan membawa Mitsubishi pada tahun 2016.

Nissan dan Mitsubishi telah memecat Ghosn sebagai Pengerusi selepas ditahan pada bulan lalu.

Renault berkata, pada masa itu Ghosn akan kekal sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif tetapi telah melantik Timbalan Ketua sementara untuk mengambil alih firma itu.

Walaupun menjual kenderaan yang lebih sedikit, Renault mempunyai pegangan saham 43 peratus dalam Nissan manakala kepentingan Nissan di Renault hanya 15 peratus.

Nissan menguasai 34 peratus dalam Mitsubishi tetapi mempunyai kawalan dala