Pemain-pemain Malaysia ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Tinggal lebih kurang 36 jam sebelum perlawanan akhir pertama Piala #AFFSuzuki2018  yang bakal menyaksikan Skuad Harimau Malaya menentang Vietnam, l, pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ini giat melakukan latihan sebagai persediaan seawal 9 pagi.

Tinjauan MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati kesemua pemain bersama jurulatih memulakan latihan untuk memastikan percaturan malam esok membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan oleh para peminat bola sepak tanah air.

MGF10122018_LATIHAN HARIMAU MALAYA_06
Pemain-pemain Malaysia bergambar ketika hadir menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018

Tekanan kini di bahu pasukan Malaysia apabila kesemua 80,000 tiket dijual dalam masa yang singkat, membuktikan keterujaan para penyokong mahu bersama-sama berada di stadium bagi menyuntik semangat kepada Harimau Malaya.

MGF10122018_LATIHAN HARIMAU MALAYA_01
Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (tengah) bersama jurulatih lain ketika hadir menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018

Di pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tentunya pertemuan pasukan negara dengan Vietnam amat penting kerana ia menjadi catatan kalendar persatuan itu untuk 2018.

MGF10122018_LATIHAN HARIMAU MALAYA_18
Pemain-pemain Malaysia ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018

Untuk rekod, skuad Vietnam kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo mara ke pentas akhir bertemu Skuad Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-2 ke atas Filipina. – MalaysiaGazette