sdr

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi ini.

Beliau dipanggil ke badan itu bagi memberi keterangan berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kehadiran bekas Presiden UMNO ke SPRM bagi isu pindaan laporan audit itu merupakan kali kedua sejak Khamis lalu.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam laporannya  pada 26 November lalu mendedahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB diubah dan perkara itu diketahui Najib sendiri.

Dua perkara penting tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah mengenai kehadiran ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan status kewangan 1MDB.

Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan bagi mengelak fakta diputar belit oleh pembangkang ketika itu. – MalaysiaGazette