Kompleks Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin Lembaga Tabung Haji akan membuat pembayaran hibah untuk tahun 2018.

Persoalan itu timbul selepas Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan Tabung Haji mengalami defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Sehingga 31 Disember 2017, jumlah asset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti sebanyak RM74.4 bilion.

Menurut Mujahid, beliau yakin hibah 2018 akan dapat diberi melalui program pengukukan yang dilakukan oleh pengurusan Tabung Haji.

“Rupanya, sudah “settle“,” sindir Najib sambil menyifatkan begitu cepatnya Tabung Haji menyelesaikan masalah besar defisit akibat langkah ‘kejam’ organisasi pengurusan haji didakwa terlebih bayar dividen empat tahun berturut-turut dari tahun 2014 sehingga 2018.

Menurut Najib, beliau tertanya-tanya bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mampu selesaikan “masalah defisit besar” dalam jangka masa yang amat pendek ini.

“Kerajaan PH suntik RM4.1 bilion ke dalam TH? Naikkan semula nilai aset TH yang telah turunkan nilai untuk audit tahun 2017?

“Atau aset TH sudah jual? Tukar akta Tabung Haji? Naikkan harga saham untuk semua pelaburan TH dalam Bursa Malaysia walaupun harga-harga saham ternyata sudah dan sedang menurun sejak PRU14?.

“Curiga betul saya. Hairan sangat saya. Harap menteri boleh jawab,” kata Najib. – MalaysiaGazette

Tabung Haji alami defisit RM4.1 bilion

Pendeposit Tabung Haji diberi jaminan simpanan mereka selamat

Kerajaan tidak akan diam mengenai isu Tabung Haji