Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit hari ini.

Bagaimanapun, penyusutan terhad berikutan pemulihan sentimen di pasaran susulan pembangunan luaran yang positif, kata peniaga.

Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.32 mata kepada 1,659.99 daripada 1,663.31 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 6.76 mata lebih rendah pada 1,656.55.

Penyusutan Petronas Gas menarik turun indeks komposit sebanyak 1.053 mata selepas susut 30 sen kepada RM18.80 dengan 700 saham bertukar tangan.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 77 berbanding 70 dengan 108 kaunter tidak berubah manakala 1,650 tidak didagangkan dan 36 yang lain digantung.

Sejumlah 88.14 juta saham bertukar tangan bernilai RM22.62 juta. – MalaysiaGazette