FGV

FGV berkata, ia mahu mendapatkan Arbitrasi Singapura TM Line yang dijalankan serentak dengan Abitrasi Singapura ke atas GMS Line Co Ltd seperti yang diumumkan pada 18 Nov lalu.

“Ini adalah langkah perlindungan sementara, dalam menunggu penentuan identiti pihak yang bertanggungjawab yang menyebabkan kesilapan dalam penghantaran kargo selaras dengan kontrak pengangkutan yang berkaitan,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

FGV menuntut sebanyak AS$7,822,272.35 (AS$ 1 = RM4.17) daripada GMS Line akibat kesilapan dalam penghantaran 11,764.797 tan minyak sawit yang sudah diproses, ditambah dengan faedah bulanan sebanyak 1.5 peratus daripada tarikh pembayaran disebabkan tarikh akhir dan kos.

Abitrasi Singapura TM Line tidak akan mempunyai impak operasi ke atas FGV atau FGV Trading. – MalaysiaGazette