SINGAPURA – Harga minyak dunia masih goyah selepas susut 3 peratus berbanding hari sebelumnya disebabkan tekanan lemah dalam pasaran saham global.

Selain itu, pasaran juga ragu-ragu dengan pemotongan bekalan oleh OPEC untuk menangani lebihan bekalan.

Harga niaga hadapan minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$51 dolar setong tidak berubah berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan Brent belum didagangkan.

Harga minyak mentah turun 3 peratus pada sesi sebelumnya di tengah-tengah kelemahan pasaran saham global dan kebimbangan bahawa pertumbuhan permintaan minyak yang perlahan dapat menjejaskan pemotongan bekalan yang diumumkan minggu lalu oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) termasuk sekutu-sekutunya dan Rusia.

Harga minyak mentah turun sekitar satu pertiga sejak awal Oktober di tengah-tengah kemerosotan pasaran kewangan dan lebihan bekalan minyak. – MalaysiaGazette