Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto AFFAN FAUZI, 11 DISEMBER 2018
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto AFFAN FAUZI, 11 DISEMBER 2018

PETALING JAYA – Walaupun tidak berharta, semua Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan diminta segera membuat pengisytiharan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah isytiharkan harta saya ikut jadual yang ditetapkan, rakan-rakan yang belum buat itu buatlah

“Walaupun tidak ada benda yang nak diisytiharkan, isytihar saja  walaupun kosong, senang kalau tak ada harga letak tidak ada harta,” kata Presiden Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada sidang media di sini.

Antara Ahli Parlimen PPBM yang sehingga kini masih belum membuat pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ialah Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Terkini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu memaklumkan telah berbuat demikian pada Khamis yang lalu.

Datuk Seri Anwar juga antara tujuh Ahli Parlimen Parti Keadilan rakyat yang masih belum mengisytiharkan aset.

Bagi Parti Warisan Sabah, selain Mohd Shafie, ialah Datuk Rozman Isli (Labuan), dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO).

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson semalam berkata masih mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pula  mendakwa tidak mempunyai sebarang harta untuk diisytiharkan.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan