Emmanuel Macron. foto Agensi

PARIS – Presiden Perancis berjanji akan meningkatkan gaji minimum dan melaksanaan pengecualian cukai sebagai usaha menamatkan mogok yang dilancarkan oleh rakyat negara ini.

Tunjuk perasaan oleh ‘yellow vest’ sejak empat minggu lalu bertukar ganas bagi menentang kenaikan cukai bahan api, kos sara hidup dan isu-isu lain.

Emmanuel Macron ketika mengumumkan perkara itu mengutuk tindakan tunjuk perasaan dan menyifatkan kemarahan mereka “sungguh mendalam dan sah dalam banyak cara”.

Katanya, gaji minimum akan dinaikkan sebanyak 100 euro sebulan mulai tahun depan, kenaikan sebanyak 7.0 peratus.

Rancangan untuk menaikkan cukai bagi pesara berpendapatan rendah dibatalkan.

Malah, cukai bayaran kerja lebih masa dibatalkan dan majikan digalakkan untuk tidak mengenakan cukai bagi bonus akhir tahun.

Bagaimanapun, Macron enggan mengembalikan cukai kepada golongan kaya kerana ia boleh melemahkan kerajaan dan kerajaan perlu mewujudkan pekerjaan.

Menteri Kerajaan, Oliver Dussopt berkata, jumlah kos terlibat adalah antara 8 bilion hingga 10 bilion euro.

“Kami sedang dalam proses untuk melihat bagaimana untuk membiayainya,” kata beliau. – MalaysiaGazette