KUALA LUMPUR – Sejurus selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mendedahkan dirinya tidak ‘berharta’ sehingga tidak dapat mengisytiharkan asetnya, tular dalam media sosial dua buah kereta didaftarkan atas nama beliau.

Masing-masing khasnya blog pro pembangkang menyoal ketelusan Waytha berhubung pengisytiharan aset kerana mendakwa dirinya tidak memiliki apa-apa.

Bagaimanapun, menurut Waytha, itu bukan salah beliau kerana ketika cuba’mendaftarkan kereta jenis Nissan Cefiro dan Toyota Camry, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memaparkan aset tersebut.

Waytha yang merupakan Ahli Dewan Negara menjelaskan, pengistiyaran itu telah dilakukan pada Oktober lepas namun laman sesawang SPRM tidak memaparkan aset-aset itu.

keretaink
Maklumat mengenai kereta P Waythamoorthy yang tular di media sosial.

“Saya telah meminta pegawai saya untuk bercakap dengan SPRM tentang isu itu sebelum ini tetapi saya telah dimaklumkan SPRM tidak menganggap kereta sebagai aset jadi ruang itu dibiarkan kosong sahaja,” katanya ringkas dalam kenyataan sebentar tadi.

Saya tidak ada ‘apa-apa’ untuk isytihar – Waytha Moorthy

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan  Waytha mendedahkan dirinya tidak mempunyai ‘apa-apa’ harta terkumpul untuk diisytiharkan kerana semua aset serta simpanan telah digunakan untuk memperjuangkan aktiviti politik serta komuniti India sejak 13 tahun lepas.

Malah kata Waytha walaupun sebelum berkecimpung dalam dunia politik beliau merupakan seorang peguam namun setiap wangnya telah dihabiskan untuk tujuan perjuangan beliau.

Hari ini, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mana-mana pemimpin politik yang belum mengisytiharkan harta serta aset untuk segera berbuat demikian.

Malah kata beliau, walaupun tidak ada harta yang hendak diisytiharkan, letak sahaja tiada harta dan tidak membiarkan ruangan itu kosong begitu sahaja.

Kelmarin, media melaporkan seramai 13 Ahli Parlimen termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum mengisytiharkan harta kepada SPRM. –MalaysiaGazette