Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekskutif Lembaga TH, Datuk Seri Zukri Samat bercakap pada sidang media khas pemulihan dan penstrukturan semula pelan Tabung Haji di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 12 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji (TH) akan memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan bernilai RM19.9 bilion kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember ini bagi memantapkan kewangan entiti itu dengan segera.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset-aset tersebut merangkumi hartanah yang memberikan hasil kurang daripada dua peratus seperti sekeping tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan ekuiti-ekuiti yang mengalami rosot nilai melebihi 20 peratus.

Jelasnya, selepas pemindahan aset-aset berkenaan, TH bakal memiliki kunci kira-kira yang seimbang di antara aset dan liability.

Sebagai tukaran kepada aset, SPV akan menerbitkan sukuk RM10 bilion dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) yang akan dilanggan sepenuhnya oleh TH.

Sukuk bertempoh tujuh tahun dengan kupon kosong akan diterbitkan pada hasil diskaun lima peratus setahun manakala RCPS-i tidak mempunyai tempoh matang dan dividen.

Sukuk dan saham tersebut tidak dijamin kerajaan.

MGF11122018_PC TABUNG HAJI06
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekskutif Lembaga TH, Datuk Seri Zukri Samat bercakap pada sidang media khas pemulihan dan penstrukturan semula pelan Tabung Haji di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 12 DISEMBER 2018.

“Kementerian Kewangan telah bersetuju mengenai pemindahan aset tersebut dan Kabinet mahukan SPV tersebut dimiliki oleh Kementerian Kewangan,” katanya semasa taklimat media berhubung Pelan Rehabilitasi dan Penstrukturan Semula TH di sini hari ini.

Menyentuh mengenai nasib aset selepas diambil alih SPV, Zukri berkata, berharap dapat memulihkan semula aset-aset berkenaan dalam tempoh tujuh tahun sejajar dengan tempoh sukuk dan saham yang bakal diterbitkan.

Bagaimanapun, TH tidak mempunyai kewajipan untuk memiliki semula aset-aset berkenaan.

“Pengurusannya sama seperti pengurusan Danaharta dahulu,” katanya lagi.-MalaysiaGazette