TERKINI : “Anak Johor Diperantauan Perlu Terus Beri Sokongan” – Tan Sri Muhyiddin

Anak-anak Johor yang berada di perantauan diminta supaya memberi sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya usaha memajukan negeri itu dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak usaha perlu dibuat untuk meletakkan Johor kehadapan dan pelbagai langkah proaktif diambil tanpa henti.