TERKINI : Datuk Seri Sudah Isytihar Harta? “Alaa hai hai hai Sabarla” – Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sabarlah… Dia bagi tiga bulan. Saya baru menang pilihan raya. Saya masuk bulan sudah (lalu). Bagilah (masa) sekejap,” katanya kepada pemberita selepas Dialog bersama Datuk Seri Anwar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson 13 Oktober lalu dan mengangkat sumpah tiga hari selepas itu.

Beliau adalah antara 13 ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.