Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Selepas enam hari mencatat penurunan, Bursa Malaysia pagi ini mencatat lantunan untuk dibuka lebih tinggi, di tengah-tengah pemulihan sentimen pasaran global yang menyusuli perkembangan terbaru berhubung hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun 4.65 mata kepada 1,657.28 daripada 1,652.63 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 4.46 mata lebih tinggi pada 1,657.09.
Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 114 berbanding 40 dengan 99 tidak berubah manakala 1,652 tidak didagangkan dan 38 yang lain digantung.

Sejumlah 77.75 juta saham bertukar tangan bernilai RM25.17 juta. –  MalaysiaGazette