SINGAPURA – Harga minyak naik semula dalam dagangan hari ini disokong oleh pemotongan bekalan minyak oleh OPEC mulai tahun depan bagi menstabilkan pasaran.

Gangguan eksport minyak dari Libya selepas pemberontak tempatan merampas medan minyak terbesar, El Sharara turut menjadi faktor menyokongan kenaikan harga bahan bakar itu.

West Texas Intermediate diniaga pada AS$52.15 setong naik 1 peratus berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan Brent belum didagangkan.

Para penganalisis berkata, keputusan OPEC dan sekutunya untuk mengurangkan bekalan minyak sebanyak 1.2 juta sehari akan menstabilkan harga meskipun ada yang menjangkakan keputusan itu tidak akan menyebabkan pasaran meningkat lebih tinggi. – MalaysiaGazette