Polis Pulau Pinang menahan lima anggotanya semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di sini Isnin lepas.

KLANG – Seorang mak nyah yang dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dalam satu kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, semalam meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di sini.

Mangsa berusia 32 tahun yang berasal dari Sabah itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.47 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa sebelum itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan oleh seorang pengawal keselamatan hotel kira-kira pukul 7 pagi, semalam.

“Mangsa cedera di bahagian kepala dan bengkak di beberapa tubuh badan serta patah tapak tangan kiri disyaki dipukul sekumpulan lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan