Lima lagi ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO selepas Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz membuat pengumuman tengahari tadi.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan keluar UMNO hari ini dan menyatakan hasrat mahu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengesahan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengumumkan keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Tanah Merah tinggalkan UMNO

Empat lagi nama tersenarai dalam sekeping surat rasmi yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

senarai
Surat perisytiharan keluar UMNO oleh enam ahli Parlimen .

Mereka ialah Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Setakat jam 4.40 petang ini, enam wakil rakyat UMNO mengisytiharkan keluar parti hari ini. – MalaysiaGazette

Peristiwa bersejarah akan berlaku, kata Shahidan