Hospital Tampin awal pagi ini menerima satu panggilan ancaman bom di kawasan berkenaan daripada individu yang tidak dikenali. - foto hiasan

TAMPIN – Hospital Tampin awal pagi ini menerima satu panggilan ancaman bom di kawasan berkenaan daripada individu yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis yang mengesahkan perkara itu berkata seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pejabat Pegawai Daerah Tampin pada 6.50 pagi.

Katanya, polis sedang membuat pemeriksaan manakala pesakit hospital berkenaan sedang dipindahkan ke kawasan selamat.

“Saya juga sedang ke sana untuk memantau kejadian,” kata Norazam ketika dihubungi di sini.

Setakat berita ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan daripada polis tentang kejadian itu.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan