Dengan keazaman luar biasa, Bruce Tan Sia Chian, 22, yang pernah mencatat berat badan 120 kilogram (kg) berjaya melakukan transformasi daripada orang gemuk kepada
Dengan keazaman luar biasa, Bruce Tan Sia Chian, 22, yang pernah mencatat berat badan 120 kilogram (kg) berjaya melakukan transformasi daripada orang gemuk kepada "lelaki besi".

BUKIT MERTAJAM – Dengan keazaman luar biasa, Bruce Tan Sia Chian, 22, yang pernah mencatat berat badan 120 kilogram (kg) berjaya melakukan transformasi daripada orang gemuk kepada “lelaki besi”.

Dalam pertandingan Ironman yang diadakan di Langkawi pada November lalu, Bruce berjaya menduduki tangga kesembilan dalam kategori umur 18 hingga 24 tahun selepas menamatkan cabaran antarabangsa itu dalam 12 jam 44 minit.

Kejayaan itu sukar dibayangkan banyak orang kerana Bruce mengalami keadaan kegemukan sejak sekolah rendah.

Masalah itu terus menghantui Bruce ketika dia melangkah masuk ke alam kolej.
China Press melaporkan, pengalaman diejek bagaimanapun hanya membakar semangat Bruce untuk memulakan misi mengurangkan berat badan.

Ketika cuba bersukan melalui alat berlari (treadmill), jentera itu malahan tidak dapat berfungsi dengan lancar kerana berat badan Bruce yang melebihi had.

20181212fk69a-keep-fit-pg181210lkkb01
Dengan keazaman luar biasa, Bruce Tan Sia Chian, 22, yang pernah mencatat berat badan 120 kilogram (kg) berjaya melakukan transformasi daripada orang gemuk kepada “lelaki besi”.

Dalam aktiviti sukan lain seperti ping pong, Bruce turut disingkirkan orang lain yang tidak melihatnya sebagai rakan sukan yang baik.

Namun begitu, semua cabaran itu tidak menghalangnya untuk meneruskan misi mengurangkan berat yang bermula pada 2015 ketika dia berumur 19 tahun.

Selain berenang selama sejam setiap hari, kadar makanan dikurangkan separuh termasuk mengutamakan pengambilan oat pada pagi dan tengah hari, selain mengelakkan nasi pada malam.

Bermula dengan pengurangan berat badan sebanyak 0.2 kg, remaja itu tidak berputus asa sehingga beratnya menurun daripada 120 ke 112 kg dalam sebulan, kemudian kepada 90 kg selepas enam bulan.

Ketika menyertai Ironman Langkawi pada November lalu, Bruce telah mencapai berat badan ideal pada 72 kg.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada kesedaran saya bahawa tiada jalan pintas dalam soal pengurangan berat badan.
“Saya tidak menitiskan mata, tetapi saya banyak berfikir. Saya sedar bahawa hanya saya sendiri yang boleh membantu diri dengan bersukan,” katanya. – MalaysiaGazette