TERKINI : “Ahli UMNO Yang Jahat Kita Tak Terima!”– Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan bahas pertemuan yang dibuat bersama beliau adalah untuk menyekat parti itu daripada dibubarkan.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu adalah untuk memberitahu bahawa kelima-lima mereka ingin meninggalkan parti yang dikemudi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak (saya tidak kata untuk selamatkan UMNO).

“Mereka datang jumpa saya untuk beritahu bahawa mereka akan tinggalkan UMNO dan mahukan nasihat saya. Itu sahaja tiada perkara lain,” katanya ketika ditemui media di Muzium Kesenian Islam hari ini.

Mohamad Hasan atau Tok Mat sebelum ini berkata membincangkan saranan Dr Mahathir yang sebelum itu mahukan Ahmad Zahid, membubarkan parti berkenaan.