Ustaz Kazim Elias.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang didakwa menyekat 10 pendakwah bebas termasuk dirinya daripada muncul di program televisyen dan radio.

Beliau mengakui berasa sedih dengan tindakan tersebut jika benar, bagaimanapun Mohd Kazim percaya bahawa dunia dakwah itu sangat luas.

“Alhamdulillah dunia dakwah sangar luas.. janji dakwah jalan terus.. yang sedihnya bagi yang menyekat tu apa lah nak dijawab di hadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah,” soal beliau.

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut menempelak pihak-pihak yang didakwa menyekat beliau untuk berceramah di program televisyen dan radio sambil bertanya kerja apa yang akan dibuat selepas ini.

“Pasni nak buat kerja apa ye? LBGT ok ke?,” katanya lagi.

Mohd Kazim antara 10 penceramah bebas yang didakwa disekat untuk ke udara di mana-mana program televisyen dan radio berkuatkuasa Januari depan.

Antara nama-nama lain adalah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Syamsul Amri Ismail atau Shamsul Debat, Dr. Redzuan Tee, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Morhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan Mat Zin dan Ustaz Amirul Amin (PU Amin) dan Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh PU Syed, hari ini. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.