WASHINGTON – Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat secara rasminya mengubah tarikh yang telah dijadualkan untuk menaikkan kadar tarif bagi barangan dari China yang bernilai AS$200 bilion kepada 2 Mac pula.

Ini sejajar dengan rundingan yang masih berlangsung di antara AS dan China berhubung hak milik intelek dan perdagangan.

Sebelum ini, tarikh yang ditetapkan adalah pada 1 Januari 2019 dan perubahan difailkan di Pendaftaran Persekutuan.

Bagaimanapun, notis tersebut tidak menjejaskan kadar tarif sebanyak 25 peratus yang telah ditetapkan ke atas barangan teknologi dari China termasuk semi-konduktor, papan liter bercetak dan beberapa komponen elektronik, mesin dan kenderaan yang bernilai AS$50 bilion.

Fail tersebut turut memasukkan dokumen-dokumen berkaitan siasatan USTR “Seksyen 301” terhadap amalan harta intelek China yang menjadi sebab utama pelaksanaan tarif AS terhadap barangan daripada republik berkenaan.

Penangguhan rasmi itu telah memberi sedikit kelegaan kepada sektor teknologi AS.- Agensi