APMM
Mangsa yang tercedera akibat letupan kapal di Pulau Sialu, Johor diselematkan APMM.

KUALA LUMPUR- Enam anak kapal cedera dalam kejadian letupan apabila dua buah kapal bertembung lima batu nautika di barat daya Pulau Sialu dalam perairan Johor.

Pengarah Marin Zon Maritim Batu Pahat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Mohamad Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam enam petang semalam.

“APMM telah menghantar satu pasukan ke tempat kejadian untuk menyiasat selepas kami menerima berita tersebut.

“Apabila tiba di lokasi, kami menemui salah sebuah kapal yang mempunyai tanda-tanda letupan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, mangsa-mangsa yang berusia di antara 29 hingga 38 tahun telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi mendapatkan rawatan.-MalaysiaGazette