Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Mohamed Nazri sememangnya gemar mengeluarkan kenyataan yang gempak, tetapi tidak praktikal, malahan bersifat
Duta Khas ke China, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan tugas yang diberikan kepadanya walaupun hubungan diplomatik Malaysia dengan China dikatakan dibelenggu beberapa isu.

KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya UMNO membentuk kerajaan campuran dengan DAP dan PKR adalah mustahil untuk direalisasikan.

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Mohamed Nazri sememangnya gemar mengeluarkan kenyataan yang gempak, tetapi tidak praktikal, malahan bersifat “tepuk tangan sebelah” .

“Kenyataan seperti ini memang biasa jika dikeluarkan Mohamed Nazri.

“Hari ini beliau boleh mengkritik Dr. Mahathir, tetapi esok beliau akan cakap Dr. Mahathir boleh diterima,” katanya kepada China Press.

Kok Wai berkata, kenyataan daripada “orang tidak serius” seperti Mohamed Nazri boleh diabaikan.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan Pakatan Harapan tidak harus menerima bekas pemimpin UMNO, melainkan mereka mengaku bersalah kerana menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun begitu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa Kit Siang telah memberi lampu hijau supaya Pakatan Harapan menerima bekas wakil rakyat UMNO. – MalaysiaGazette