Tabung haji
Orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang deposit kepada mana-mana pihak selagi tidak mendapat surat tawaran.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana defisit sebanyak RM4.1 bilion yang dialami oleh Lembaga Tabung Haji boleh terlupus apabila aset-aset yang tidak tidak menguntungkan bernilai RM19.9 bilion diserahkan kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, aset Tabung Haji bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah SPV di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.

SPV pula meminjam daripada Tabung Haji untuk membeli aset-aset ini dengan cara membayar organisasi itu dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada Tabung Haji dengan faedah 2.5 peratus setahun selama 7 tahun.

“Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak – bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.

“Pakar kewangan kata: Sukuk dan RCPS-I itu “not guaranteed, not-traded and not rated.”

“Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit,” katanya yang musykil apabila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama Tabung Haji maka organisasi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Namun, apabila bila aset yang sama ini diletakkan di bawah nama SPV, maka Tabung Haji tidak lagi ada defisit

“Magic,” ujarnya.