Takziah untuk keluarga Allahyarham, Mohd Hafiz Nor Azman.

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika beraksi di pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Malaysian Cub Prix menerusi hantaran di laman Facebook rasmi sebentar tadi.

Mohd Hafiz, 22, menyertai kejuaraan tersebut yang berlangsung di Bandar Penawar Desaru Johor.

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham. – MalaysiasGazette