Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau mencintai tugas yang ada sekarang dan tidak bercadang untuk kembali sebagai pemimpin pusat PKR.
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan, jawatan-jawatan lain dalam parti itu akan diumumkan kemudian.

Pengerusi-pengerusi PKR negeri yang diumumkan iaitu, Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak; Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Kedah, Datuk Johari Abdul; Sabah, Datuk Christina Liew Chin Jin; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zahir Hassan dan Melaka, Halim Bachik.

Terdahulu hari ini, Ahmad Fahmi turut memaklumkan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Pemilihan Menteri Kerja Raya itu dibuat selepas selesai proses perbincangan dan rundingan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua-Ketua Cabang negeri Sarawak. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/16/baru-dilantik-semula-sebagai-pengerusi-mpn-pkr-sarawak/